Friday, 8 April 2011

tafsir mimpikan seorang bekas kekasih saya

otak sentiasa berfikir tidak henti-henti.Kenapa mesti saya sahaja yang mesti sayangkan dan cintakan dia?hai bodohnya saya.Padahal dia bahagia bersama perempuan itu.
 ceritanya panjang sekali,lepas saya putus dengan dia.Saya rasa sedih sangat,sampaikan setiap malam saya mesti mimpikan dia.Tak tahu kenapa.Sedih betul hati saya.Kami dah putus hampir 2 bulan tapi saya tetap termimpi-mimpikan dia setiap masa.
Semalam kawan saya ada cerita pasal dia,dan ada suatu cerita membuatkan hati saya bagaikan tertusuk duri tajam dalam diri.Saya rasa sedih sangat-sangat.Kecewa.Balik daripada mendengar cerita kawan saya itu,saya balik rumah.Masa dalam perjalanan air mata saya seakan dah nak terjatuh.Sedihnya saya masa tu.
Tapi,saya tabahkan diri saya sekuat-kuatnya.Lepas balik rumah saya menangis dan saya basuh muka dan terus masuk tidur.Saya MIMPI dia lagi dalam tidur saya.Tapi kali ni agak lain,dia kali ni bercakap dengan saya.Dan tanya adakah saya marahkan dia?
apakah maksud mimpi tu?kenapa dalam banyak-banyak mimpi kali ni dia bercakap dengan saya.
Awak,saya rindukan awak. :')
 

No comments:

Post a Comment